Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Sabtu, 30 Oktober 2010

Rozita: Tak mahu terikat

Rozita tumpu perhatian kepada anak dan perniagaan.


KUALA LUMPUR: Aktres jelita, Rozita Che Wan mengakui tidak terdesak untuk berkahwin, sebaliknya selesa hidup bersendirian kerana lebih mudah membuat sebarang keputusan tanpa terikat kepada sesiapa.

Tanpa mengiyakan atau menidakkan, pelakon berkenaan enggan mengulas lanjut mengenai gosip hubungannya dengan seorang lelaki di Singapura yang dikenali hanya sebagai ‘Shah’ sudah berakhir.

“I prefer to be silent (saya rasa lebih baik berdiam diri) mengenai hal ini, biarlah apa orang nak cakap dan tanggapan terhadap saya.

“Yang saya boleh cakap, bukan semua orang boleh faham dengan kerja seperti saya ini sebagai orang seni,” katanya

Menurutnya, biar masa menentukan segala-galanya dan dia tidak mahu memikirkannya kerana ingin memberi tumpuan untuk menamatkan penggambaran sebelum meninggalkan bidang seni.

Katanya, pengalaman pernah bergelar isteri satu ketika dulu mungkin membuatkannya sedikit cerewet dalam memilih teman hidup selepas tujuh tahun bergelar ibu tunggal.

“Saya dengan dia (Shah) masih berkawan dan berhubungan tetapi saya kini sibuk dengan tugas, mengenai fasa seterusnya dalam hubungan kami ini saya tidak mahu komen apa-apa,” katanya.

Bagi Rozita, dia tidak mahu dalam sesuatu hubungan itu ada kongkongan dan sifat cemburu, jika tidak tentu hubungan itu tidak boleh berjaya.

Bercerita perkenalannya dengan Shah, ibu kepada Ammar Effendy, 14, dan Aniq Ezzra, 12, itu berkata, dia akrab dengan lelaki yang bekerja dalam bidang perbankan di Kota Singa itu kira-kira tujuh bulan lalu dan ia adalah cinta pertamanya selepas berpisah dengan suami.

Menurutnya, sebelum itu mereka pernah ‘berkawan’ selepas bergelar ibu tunggal tetapi hubungan terbabit tidak lama sebelum bertaut kembali pada tahun ini selepas bertemu semula tahun ini.

Mengenai laporan media dia tidak jadi kahwin pada 2011, kakak kepada seorang lagi pelakon dikenali ramai, Ayu Raudhah, itu berkata berita mengenai perkahwinannya hingga mengaitkan persaraannya daripada bidang seni kerana mahu menamatkan zaman jandanya adalah spekulasi orang.

Menurutnya, dia tidak pernah mencanang berkahwin, tetapi mungkin kerana ada menyatakan sedang mengenali seorang lelaki menyebabkan ada pihak sengaja membangkitkan isu kahwin itu.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular