TIMBALAN Pengarah 1 Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman , Datuk Othman Harun (dua dari kanan) dan Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Osman Salleh (kanan) menunjukkan dadah jenis pil Eramin 5 yang di rampas di Oakland , Seremban 2.
SEREMBAN: --– Polis membongkar sindiket memproses dadah jenis Eramin 5 bernilai RM20 juta selepas menyerbu sebuah rumah kedai di Oakland, Seremban 2 di sini semalam.
Rampasan dadah itu merupakan yang terbesar sepanjang tahun ini.
Turut ditahan, tiga lelaki warga tempatan dan salah seorang daripada mereka mempunyai kelulusan dalam bidang kejuruteraan mekanikal.