Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Ahad, 31 Oktober 2010

Semua jemaah haji Malaysia dijangka tiba 9 Nov.



MEKAH 31 Okt. - Kesemua 26,000 jemaah haji Malaysia yang akan menunaikan fardhu haji musim 1431 Hijrah ini dijangka berada di tanah suci Mekah pada 9 November ini.

Menurut Timbalan Ketua Rombongan Haji, Datuk Syed Saleh Syed Abdul Rahman 73 peratus daripada mereka sudahpun berada di Mekah dan Madinah sehingga semalam.

"Penerbangan terakhir dijangka tiba di Jeddah pada 9 November ini dan mereka akan menaiki bas terus ke Kota Mekah kira-kira 70 kilometer,” katanya kepada pasukan media Tabung Haji (TH) yang membuat liputan musim haji ini.

Beliau berkata, penerbangan terakhir membawa jemaah haji yang akan tinggal di Madinah selama lapan hari sebelum memasuki Mekah, tiba di lapangan terbang di Madinah semalam, dan selepas ini semua penerbangan akan terus ke Jeddah. - Bernama

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular