Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Jumaat, 29 Oktober 2010

Kes Sosilawati: Mahkamah tangguh semakan kehakiman penjara pekerja ladang



SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi di sini menangguhkan semakan kehakiman hukuman penjara terhadap dua pekerja ladang yang mengaku membakar dan membuang abu mayat jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain, sehingga 15 November ini.

Hakim Datuk Mohtarudin Baki menetapkan tarikh itu selepas dimaklumkan tertuduh kedua dalam kes itu, K Sarawanan, 19, memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Majistret Telok Datok, Rabu lalu.

Pada 15 Oktober lalu, Sarawanan, dan U Suresh, 26, mengaku bersalah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 201 Kanun Keseksaan membakar dan membuang abu mayat jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, 47, pemandunya, Kamaruddin Shansudin, 44, peguam, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, pegawai bank CIMB, Noorhisham Mohammad, 38, bagi mengelakkan tertuduh kes pembunuhan itu dikenakan tindakan undang-undang.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular