Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Khamis, 28 Oktober 2010

Sathia 'serang' Jamak

B Sathianathan dan Wan Jamak Wan Hassan.


PADA saat genting ini - 24 jam sebelum final Piala Malaysia bermula - isu persahabatan sudah terkikis dan 'perang bermula' bagi kedua-dua pengendali, B Sathianathan dan Wan Jamak Wan Hassan.


Apa yang tertera adalah Sathia sudah memulakan lebih awal perang psikologi itu yang harus mengusik minda rakan sejawatannya dari Negeri Sembilan itu ketika bahang perlawanan di Stadium Nasional, Bukit Jalil makin menggamit kedua-dua finalis.

Ketika Wan Jamak lebih kerap mencetus gelisah mengenai soal kecederaan pemain tonggak - seolah-olah mahu memerangkap Kelantan, pengendali The Red Warriors itu memberi nada berbeza apabila menyuarakan soal tanpa pemain tonggak langsung tidak menakutkan dia dan pasukan.

“Kami bukan pasukan yang hanya dibarisi seorang atau dua pemain,” kata Sathia yang hairan dengan gelagat rakan sejawatannya itu menjadikan soal kecederaan sebagai alasan andai pasukan mempamerkan aksi hambar di final nanti.

“Apa guna ada pemain simpanan kalau tak boleh isi kekosongan ditinggalkan tonggak utama. Bagi saya itu alasan lapuk yang tidak lagi relevan untuk diguna pakai pada peringkat tertinggi seperti Piala Malaysia.”

Di Seremban, semalam, Wan Jamak - daripada kata-katanya - tampak merungut dengan kepincangan tanpa kapten, Rezal Zambery Yahya dan ketika sama lega kehadiran semula Mohd Rahman Zabul di sesi latihan.
“Saya lihat tanpa Rezal sekali pun kami masih boleh beraksi tetapi sumbangannya dari segi pengalaman memang tidak boleh dinafikan. Tapi saya akur bola sepak adalah permainan 11 orang dan bukan seorang.

“Jika Rezal tidak dapat beraksi, saya masih belum menentukan penggantinya. Rahman sudah kembali menjalani latihan. Ini satu perkembangan baik,” kata bekas pengendali skuad kebangsaan itu.

Rahman yang tidak berlatih sejak dua hari sudah pulih daripada demam dan ia memberi Wan Jamak banyak pilihan andai Rezal gagal pulih daripada kecederaan lutut.

APA KATA JURULATIH PASUKAN

“Saya nampak ada jurulatih cuba melepaskan diri menggunakan alasan kecederaan pemain utama dan tiada pemain muda dalam pasukan, tetapi bagi saya, jurulatih bertanggungjawab mencorak kesebelasan utama terbaik berdasarkan keadaan semasa.”
B Sathianathan
Jurulatih Kelantan


“Saya akui ada pemain muda kami akan beraksi buat kali pertama di final. Tapi yakin mereka tidak akan merasa gugup kerana sudah biasa dengan keadaan itu terutama ketika bertemu Kelantan di Kota Bharu yang dihadiri ribuan penyokong mereka.”
Wan Jamak Wan Hassan
Jurulatih Negeri Sembilan.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular