Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Jumaat, 29 Oktober 2010

7 Maut Dalam Kemalangan Di Genting Highlands Dibawa Balik Ke Kedah

SEBUAH bas pelancongan yang membawa rombongan belia rosak teruk selepas terbabas lalu terbalik di KM38 Genting Sempah dekat Kuala Lumpur kira-kira 7.50 malam tadi yang mengakibatkan enam maut manakala 21 lagi dilaporkan cedera.


KUALA LUMPUR: ---(Bernama) -- Kesemua tujuh yang maut dalam kemalangan bas pelancongan di KM38 Genting Sempah dekat sini malam tadi telah dibawa pulang ke kampung masing-masing di Baling, Kedah pagi Sabtu.

Mereka terdiri daripada ketua rombongan Mohd Zaidi Mohd Sufian, 28, yang merupakan seorang guru agama, yang meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Selayang semalam.

Sementara enam lagi terdiri daripada Mohammad Amirul Mohamat Isa, 13, Mohamad Khairy Mohamad Marzali, 14, Mohamad Yussof Akhil, 16, Mohamed Firdaus Rosedi, 16, Mohd Fahmi Abdul Mustaffa, 17 dan Mohd Ridzuan Husin, 17 yang meninggal dunia di tempat kejadian.

Menurut jurucakap Hospital Sungai Buloh jenazah kesemua mereka telah dituntut oleh keluarga masing-masing pada pukul 7.45 pagi tadi untuk dibawa pulang ke Baling dengan tujuh kereta jenazah.

Kesemua mereka terdiri daripada 44 anggota rombongan belia Kampung Baru Siong, Baling, Kedah yang dalam acara lawatan ke Genting Highlands sejak Khamis lepas.

Sementara itu, Setiausaha Umno Bahagian Baling Muhammad Sani Mahmud yang dihubungi Bernama berkata kesemua ketujuh-tujuh jenazah itu akan dikebumikan dalam satu liang lahat di Tanah Perkuburan Kampung Baru Siong.

Dalam kemalangan malam tadi, bas yang mereka naiki dilaporkan hilang kawalan dipercayai berpunca daripada masalah brek, semasa menuruni Genting Highlands di KM38, Genting Sempah dekat sini pada pukul 7.50 malam.

Bas tersebut telah terbabas dan terbalik di laluan bertentangan yang menyebabkan tujuh maut, 17 cedera parah dan 22 lagi cedera ringan, termasuk dua pemandu bas tersebut.

Rombongan itu yang dalam lawatan ke Genting Highlands telah bertolak dari Kedah pada pukul 11 malam Khamis dan tiba di Genting Highlands pada pukul 8 pagi semalam.

Pada pukul 7 malam Jumaat mereka telah bertolak ke Kuala Lumpur untuk ke Kampung Melayu Subang bagi menyertai program homestay, dan dijangka pulang ke Baling petang ini.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular