Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Rabu, 27 Oktober 2010

Anggota Mujahiddin Aceh ditahan ISA

( Foto hiasan )



KUALA LUMPUR: Seorang lelaki, dipercayai anggota kumpulan Mujahiddin Aceh (KMA) iaitu sebuah pertubuhan militan Indonesia yang memperjuangkan penubuhan negara Aceh secara kekerasan, telah ditahan pada 29 September lalu.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Hussin Ismail, berkata Taufiq Marzuki @ Sulaiman Tarmizi, 29, ditahan mengikut Seksyen 73(1) Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 kerana disyaki terbabit dalam kegiatan militan yang boleh memudaratkan keselamatan negara.

"Taufiq telah melarikan diri ke Malaysia pada 12 Mac lalu apabila Kem Latihan Ketenteraan yang dibina oleh kumpulannya sebagai tapak bagi membina kekuatan ideologi dan ketenteraan di Bireuen, Acheh, diserbu polis Republik Indonesia," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata, penahanan itu bagi membolehkan siasatan rapi dijalankan kerana kehadiran Taufiq di Malaysia boleh menjejaskan keselamatan negara.

"Tumpuan siasatan adalah untuk membongkar dan membendung rangkaian militan asing dari terus menjadikan Malaysia sebagai 'tempat boleh berlindung'," katanya.

Sementara itu, Hussin berkata polis Republik Indonesia telah menahan seorang lelaki dari Tawau di Pelabuhan Nusantara, Pare-Pare, Sulawesi pada 20 Oktober lalu kerana cuba menyeludup 7,000 unit bahan peledak buatan India ke negara itu.

Beliau berkata, lelaki berumur 40 tahun itu dipercayai menyeludup bahan itu dari selatan Filipina ke Tawau, dan seterusnya ke Sulawesi Selatan melalui Nunukan, menggunakan feri penumpang.
"Lelaki itu ditahan di bawah undang-undang darurat Republik Indonesia No.5 tahun 1957," katanya.

Hussin berkata, penahanan mereka adalah hasil perkongsian maklumat antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan polis Republik Indonesia yang akan meneruskan kerjasama erat bagi menangani ancaman keganasan di rantau ini, serta membongkar rangkaian sindiket penyeludupan bahan letupan di Sabah. - BERNAMA

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular