Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Rabu, 27 Oktober 2010

Ramai jemaah hilang beg sandang





MAKKAH: Ramai jemaah Malaysia yang dilaporkan kehilangan beg sandang, lencana pengenalan dan gelang tangan ketika mengerjakan haji di sini.

Menurut Pengurus Pusat Khidmat Pelanggan Lembaga Tabung Haji, Rozimin Ahamed Kamil, pihaknya menerima banyak laporan seperti ini yang berpunca dari kealpaan jemaah tersalah meletak beg sandang mereka manakala lencana dan gelang tangan pula kerap tercicir ketika mereka berada di Masjidil Haram.

Beliau berkata, pusat tersebut dilengkapi sebuah mesin memproses lencana pengenalan haji jemaah yang boleh disiapkan dalam masa 15 minit.
Beliau berkata, pihaknya yang beroperasi sepanjang 24 jam di Hotel Janadiriyyah belum menerima laporan tentang kehilangan jemaah haji Malaysia setakat ini.

"Jemaah dinasihati supaya mengenal pasti bangunan, pintu atau lokasi masing-masing semasa mereka masuk dan keluar dari sesuatu tempat agar tidak hilang arah," kata Rozimin Ahamed. - BERNAMA

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular