Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Ahad, 31 Oktober 2010

Penyanyi Ameng dipenjara dua bulan, denda RM4,000



KUALA LUMPUR: Penyanyi kumpulan Spring, Wan Aminuddin Wan Ismail atau lebih dikenali sebagai Ameng, hari ini dihukum penjara dua bulan dan denda RM4,000 oleh Mahkamah Majistret di sini selepas didapati bersalah terhadap pertuduhan memasukkan dadah ke dalam badannya.

Majistret Zaki Asyraf Zubir membuat keputusan itu selepas pihak pendakwaan yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya Siti Hajar Alias berjaya menimbulkan keraguan munasabah terhadap pertuduhan itu.

Zaki Asyraf turut memerintahkan Ameng, 42, dipenjara empat bulan jika gagal membayar denda itu selain pengawasan dari Agensi Dadah Kebangsaan (ADK) selama tiga tahun.

"Mahkamah mencapai keputusan dan tertuduh disabitkan dengan kesalahan itu yang bermula daripada tarikh sabitan," katanya.

Bagaimanapun, Zaki Asyraf membenarkan penangguhan hukuman penjara dan pengawasan dengan mengenakan syarat tambahan Ameng perlu memfailkan notis rayuan pada hari ini juga dan wang jaminan sebelum ini iaitu RM3,500 dinaikkan menjadi RM5,500 dengan seorang penjamin.

Peguam bela, Kamarul Zaman Abdul Rahman yang mewakili Ameng memberitahu mahkamah anak guamnya itu tiada masalah untuk membayar denda.

Zaki Asyraf dalam keputusannya berkata, keterangan tertuduh dalam prosiding membela dirinya bahawa wujudnya konpirasi untuk menjatuhkannya adalah tidak berasas dan tiada kaitan dengan pertuduhan yang dihadapinya.

"Selain keterangan saksi pendakwaan yang lain, keterangan tertuduh sendiri yang mana menyatakan dirinya dianiayai adalah satu alegasi yang tidak berasas dan tiada kena mengena langsung dengan pertuduhan ke atas beliau," katanya.

Pada 12 Mei lalu, Ameng mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan memasukkan dadah jenis ganja ke dalam badannya di pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul pada 3.45 petang 2 April lepas.

Dia yang diikat jamin RM3,500 dengan seorang penjamin didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya yang membawa hukuman denda tidak lebih RM5,000 atau penjara sehingga dua tahun. Pada 7 September lalu, mahkamah memerintahkan Ameng, 42, membela diri atas tuduhan itu.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular