Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Ahad, 10 Oktober 2010

KEMALANGAN YANG MENGERIKAN...

Ahli keluarga mangsa yang terlibat dalam kemalangan maut di kilometer 223 Lebuhraya Utara Selatan arah utara, kelihatan sayu di bilik mayat Hospital Melaka semasa proses menuntut mayat semalam.


MELAKA:-- Seramai 24 mangsa yang cedera dalam kemalangan di Kilometer 223 Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) berhampiran Pedas, dekat sini semalam, dibawa untuk Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS), di sini, malam tadi.

Pengarah hospital itu, Dr Jaafar Che Mat, berkata 24 mangsa itu membabitkan lapan lelaki dan 16 perempuan yang semuanya dewasa, namun identiti mangsa belum dikenal pasti.

“Seorang daripada mereka adalah lelaki warga Jepun. Tiada mangsa membabitkan bayi atau kanak-kanak,” katanya ketika ditemui kira-kira jam 11 malam tadi.

Menurutnya, daripada 24 mangsa yang dibawa ke HTJS, seorang dirujuk ke Hospital Kuala Lumpur.

Berikut adalah senarai nama mangsa terbunuh dan cedera dalam kemalangan melibatkan dua bas, tiga kereta dan sebuah van di Kilometer 223 Lebuh Raya Utara-Selatan berdekatan Plaza Tol Simpang Ampat, Alor Gajah, Melaka, semalam.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam (kanan) cuba menenangkan Talib Ali (tengah) bersama ahli keluarganya yang sayu selepas keluar dari bilik mayat Hospital Melaka bagi menuntut jenazah anaknya, Mohd. Farizuddin yang maut dalam kemalangan maut di kilometer 223 Lebuhraya Utara Selatan arah utara, semalam.

Meninggal dunia:

1. Norazmi Abdul Karim, 24, dari Kampung (Kg.) Pondok Kempas, Selandar, Jasin

2. R. Ramachandra, 52, Kg. Tengah Klebang

3. Muhammad Farizuddin Talib, 19, Batu 3 Balai Panjang, Melaka

4. Azizi Aziz, 20, Kg. Gapis, Jasin

5. Cin Phwa Tuang (Myanmar)

6. Pau Khaw Tual, 29, (Myanmar)

7. Kam Khaw Tual, 18, (Myanmar)

8. Sherene Sofea Fabzry Tan, 18, Taman Semabok Perdana

9. Nur Shapika Baba, 19, Pokok Mangga, Melaka

10. Ng Sok Kuan, 52, Batu 10 1/2 Sungai Udang, Melaka

11. Goo Chuan Heng, 34, Taman Maju, Batu Pahat, Johor

12. Pang Shi Moei, 57, Taman Segar, Segamat, Johor

Cedera:

1. Umar Yusop, 31, Bukit Palah, Melaka Pemandu bas Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)

2. Rohana Che Ya, 42, Jalan Rambai Jaya, Melaka (penumpang bas Delima)

4. Nur Afiqah Abd. Rahim, 18, Jalan Seri Terubung, Melaka, (penumpang bas Delima)

5. Tan Gin Rong, 18, Taman Merdeka Jaya, Melaka (penumpang bas Delima)

* 6. Siti Meriyam Othman, 51, Taman Rambai Jaya, Melaka (penumpang bas JKM)

* 7. Noor Hafizah Abd. Razak, 21, Taman Seri Emas, Melaka (penumpang bas Delima)

8. Nur Shahila Abdullah, 25, Taman Melati, Setapak (penumpang bas Delima)

9. Kok Ai Wah, 41, Taman Maju, Batu Pahat, Johor (penumpang van)

* 10. Norela Daud, 53, Taman Rambai Jaya, Melaka (penumpang bas JKM)

* 11. Lin Siew Ling, 46, Jalan Gajah Behrang, Melaka (penumpang bas Delima)

12. Chin Sie Ni, 18, Pangsapuri Malim, Melaka

13. Tok Yue Hui, 23, Taman Cheng, Perdana, Melaka

* 14. Lim Wee Kiong, 23, Taman Cheng Perdana, Melaka

* Rawatan pesakit luar

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular