Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Jumaat, 8 Oktober 2010

Kembali Kejalan Allah


KUALA LUMPUR:--TIGA tahun lalu, dia pernah terbuai dengan keseronokan duniawi. Bergelar pengunjung tegar pusat hiburan, meneguk minuman beralkohol serta menjadikan najis dadah sebagai peneman, penyanyi dan produser yang berhasil menghipnos pengikut dari seluruh dunia, Maher Zain, 29, secara terbuka berkongsi kekhilafan dirinya.

Berterus-terang, tidak pernah terlintas di ruang fikirnya ingin berdampingan dengan gelaran anak seni. Jejaka kacak berketurunan Lebanon dan dibesarkan di Sweden itu, sebaliknya punya alasan sendiri untuk tegak berdiri dalam belantika hiburan lantas mengalunkan kelunakan vokalnya yang dibalut puji-pujian kepada Sang Pencipta.

"Tiga tahun lalu, saya jauh daripada Allah kerana melakukan banyak perkara yang bertentangan dengan ajaran Islam. Saya juga bergaul dengan orang tidak baik. Malah, paling menyedihkan saya tidak ingat dengan bacaan Al-Fatihah. Bayangkan, sampai macam itu sekali. Saya akui keadaan ini agak serius sekali gus membimbangkan diri.

"Tidak lama kemudian, saya rasa teramat kekosongan. Apa tidaknya, saya melihat diri ini tidak sama dengan kawan lain sampaikan kami pernah berselisih faham sesama sendiri apabila mempersoal tentang cara hidup dan persekitaran tidak betul ini. Selepas itu, saya diperkenalkan kepada RedOne lantas bekerja di sampingnya bagi menerbitkan album artis lain.

"Dalam waktu sama, saya sering mengunjungi sebuah masjid dan bertemu rakan-rakan baru. Mereka banyak memberi nasihat kepada saya agar kembali kepada asal-Nya. Justeru, saya mula lebih mengenal diri sehinggakan timbul kesedaran untuk berkarya," katanya ketika ditemui pada pelancaran album Thank You Allah di Menara Kuala Lumpur Selasa lalu.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular