Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Jumaat, 8 Oktober 2010

Lelaki Eurasian yang meninggal dunia beragama Islam



KUALA LUMPUR 8 Okt. – Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur hari ini memutuskan bahawa seorang lelaki mualaf berbangsa Eurasian yang meninggal dunia kelmarin adalah seorang beragama Islam dan memerintahkan abu mayatnya disempurnakan menurut hukum syarak.

Keputusan itu dibuat oleh Hakim Kanan Syarie, Mohd. Amran Mat Zin pada pukul 5.30 petang ini.

Permohonan secara ex-parte oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) itu dibuat untuk menentukan status agama Brian Eustace Steele @ Steele Shah Abdullah, 56, yang meninggal dunia akibat septicaemic shock (keracunan darah) pada 6 Oktober lalu.

MAIWP menamakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sebagai responden.

Peguam Zulkifli Che Yong yang mewakili MAIWP dalam hujahnya berkata, beliau menamakan DBKL selaku responden kerana rumah pembakaran mayat tempat abu mayat si mati kini disimpan di Jalan Kuari, Cheras di sini berada bawah bidang kuasa dan kawalan DBKL.

Menurut rekod Jabatan Agama Islam, Brian telah memeluk Islam pada 20 Ogos 1975 ketika berusia 22 tahun.

Dia meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) pada 6 Oktober lalu dan upacara pembakaran mayat dibuat semalam oleh keluarga si mati yang beragama Kristian.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular