Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Selasa, 5 Oktober 2010

Malaysia Raih Emas Dan Perak Acara Angkat Berat

ARICCO (kanan) dan Naharudin menyumbangkan pingat emas dan perak dalam acara angkat berat di Stadium Jawaharlal Nehru semalam.


ATLET angkat berat negara, Aricco Jumitih dan Naharudin Mahayudin mencipta keju- tan pada hari kedua Sukan Komanwel 2010 semalam.

Kedua-dua atlet negara itu menamatkan kedudukan 1-2 dalam kategori 62 kilogram (kg) yang berlangsung di Stadium Jawaharlal Nehru.

Aricco melakukan angkatan seberat 120kg dalam acara snatch dan 156kg bagi clean & jerk untuk merekodkan angkatan keseluruhan 276kg.

Manakala Naharudin hanya kekurangan satu kilogram di belakang Aricco selepas merekodkan angkatan seberat 120kg bagi acara snacth dan 150kg bagi clean & jerk untuk mencatat jumlah keseluruhan 275kg.

PESERTA angkat berat negara, Aricco Jumitih berjaya mengangkat bebanan 156kg untuk memenangi pingat emas dalam acara lelaki 62kg pada Sukan Komanwel ke-19, di New Delhi, 5 Okt. Ini merupakan pingat emas kedua negara dalam acara angkat berat temasya tersebut.


Pingat perak acara tersebut dimenangi Anton Kurukulaasooriyage dari Sri Lanka dengan jumlah keseluruhan 272kg.

"Saya tak percaya boleh menang pingat emas hari ini (semalam). Saingan cukup sengit terutama daripada Kuru- kulaasooriyage dan Naharudin.

"Sudah tentu saya berasa gembira dengan kemenangan ini kerana ia adalah kejayaan yang pertama dalam kejohanan besar seperti ini," kata atlet berusia 20 tahun kelahiran Kota Kinabalu, Sabah itu.

Menurut Aricco, Sukan Komanwel adalah temasya sukan terbesar pertama pernah disertainya.

Katanya, dia tidak pernah melayakkan diri ke temasya Sukan SEA atau Sukan Asia sebelum ini.

"Pada saingan hari ini (semalam) saya ketinggalan di tempat keempat dalam acara snacth tetapi berjaya melakukan angkatan yang lebih baik dalam clean & jerk," katanya.

Sementara itu, atlet berpengalaman negara, Naharudin terpaksa akur dengan kekalahan kepada Aricco meskipun dia mendahului di tempat pertama dalam acara snacth.

"Saya mengalami kecederaan pada siku kiri, sekali gus mengganggu tumpuan saya.

"Selain itu, kecederaan ini juga menyebabkan percubaan kedua saya dalam acara clean & jerk dibatalkan," kata pemenang pingat gangsa Sukan SEA 2007 di Korat, Thailand ini.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular