
WAJAH Tun Dr. Mahathir Mohamad yang dirakamkan di wad Epworth Hospital Melbourne, Australia pada 11 pagi 4 Okt. kelihatan ceria di sisi isteri beliau, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali. Bekas Perdana Menteri itu dimasukkan ke hospital tersebut selepas mengadu sakit dada, 2 Okt. lalu dan kini dilaporkan semakin pulih.
