Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Ahad, 10 Oktober 2010

Syabas badang negara

AMIRUL HAMIZAN


SKUAD angkat berat negara boleh dianggap sebagai acara paling berjaya pada Sukan Komanwel 2010.

Mana tidaknya, dua pingat emas, satu perak dan dua gangsa berjaya dibawa pulang dari bumi India.

Badang negara, Amirul Hamizan Ibrahim yang beraksi dalam kategori 56 kilogram (kg), dijulang bagai wira selepas atlet kelahiran Rompin, Pahang ini menghadiahkan pingat emas pertama kontinjen Malaysia.

Kegembiraan Amirul turut dikongsi bersama Aricco Jumtih apabila atlet kelahiran Kota Kinabalu, Sabah ini menjelmakan emas kedua.

Aricco dan rakan senegara, Naharudin Mahayudin turut melakar sejarah apabila merekodkan kemenangan 1-2 dalam kategori 62kg.

Dua pingat gangsa dalam acara ini pula diperoleh menerusi Mohd. Hafifi Mansor (69kg) dan atlet wanita, Raihan Yusof (53kg).

Pengurus skuad angkat berat negara, Zainuddin Joseph berkata, pada mulanya mereka hanya meletakkan sasaran untuk memenangi empat pingat tanpa mengira warna.

Katanya, Majlis Sukan Negara (MSN) memang menyasarkan emas tetapi hanya menerusi Amirul.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular