Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Sabtu, 1 Oktober 2011

kedai ayam panggang buka di Clementi West

Encik Sani (dua dari kanan) bersama kakitangannya sibuk menyediakan hidangan bagi para pelanggannya di cawangan baru Charco's yang baru dibuka di Blok 603, Clementi West Street 1, sekitar tiga bulan lalu



SINGAPURA - SYARIKAT Charco's, milik peniaga Melayu yang terkenal dengan ayam panggang dan rusuk daging, membuka cawangan keduanya yang baru di Clementi West bagi menumpukan perniagaannya kepada para pelanggan di bahagian barat negara.

Cawangan di Clementi West Street 1 di kedai kopi Blok 603 itu dibuka pada pertengahan Jun lalu dengan modal hampir $100,000.

Syarikat utama Charco's milik Encik Sani Rosmani itu bertempat di Marine Parade Central. Ia beroperasi sejak November tahun lalu bagi memberi khidmat kepada para pelanggan di bahagian timur Singapura.

Sebelum ini, Charco's yang dimulakan pada awal 2008 di sebuah kedai kopi di Ang Mo Kio, terpaksa dipindahkan ke tempat baru apabila kedai kopi itu diambil alih seorang pemilik baru, yang kemudian menaikkan sewa bagi gerai Charco's sehingga 60 peratus.

'Kami sememangnya sudah lama merancang membuka sebuah lagi cawangan di sebelah barat selepas mendapat beberapa maklum balas daripada para pelanggan yang menetap di barat Singapura.

'Mereka menyatakan jika dibuka di kawasan barat, mereka dapat mengunjungi cawangan kami seminggu sekali berbanding hanya sebulan sekali jika mereka perlu ke kawasan timur di Marine Parade Central.

'Justeru, kami tidak mahu menghampakan para pelanggan kami di kawasan barat yang merangkumi Clementi, Jurong, Bukit Panjang, Bukit Batok, Chua Chu Kang dan Teck Whye,' tambahnya.

Encik Sani berkata cawangan baru itu cukup sesuai kerana ia terletak di kawasan sibuk dengan para pelanggan. Antara lain, menurutnya, cawangannya itu juga tidak jauh dari pusat beli-belah West Coast Plaza, sekolah- sekolah kejiranan dan sekolah antarabangsa, institusi pengajian tinggi seperti Universiti Nasional Singapura (NUS), beberapa politeknik dan Institut Kejuruan Teknikal (ITE) dan juga Hospital Universiti Nasional (NUH).

'Selain harga sewa agak sederhana, cawangan baru kami di sini juga terletak berdekatan dengan West Coast Plaza dan terdapat kawasan meletak kereta yang lapang di sini. Faktor ini, selain makanan lazat dan bermutu, penting bagi perniagaan berkembang,' tambahnya.

Bagi mengenalkan cawangan barunya kakitangan syarikat itu mengedarkan risalah-risalah syarikat itu ke tempat-tempat sibuk seperti di perhentian-perhentian bas berdekatan dan juga di pusat membeli-belah West Coast Plaza.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular