Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Ahad, 2 Oktober 2011

Pendidikan penyelamat masyarakat Islam

Mufti Besar Bosnia-Herzegovina, Sheikh Dr Mustafa Ceric (tengah), tiba di Hotel Grand Hyatt untuk menyampaikan ceramah Muis sambil diiringi Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Dr Yaacob Ibrahim (kiri) dan Timbalan Perdana Menteri, Encik Teo Chee Hean.



SINGAPURA - PENDIDIKAN adalah penyelamat masyarakat Islam dan Muslim tidak harus membiarkan diri mereka jahil, kata Mufti Besar Bosnia-Herzegovina, Sheikh Dr Mustafa Ceric.

Menurut Sheikh Mustafa, masyarakat Islam harus kembali kepada wahyu pertama yang Allah swt turunkan kepada Nabi Muhammad saw, iaitu Iqra' atau 'bacalah'.

'Kita harus berpendidikan. Pendidikan adalah penyelamat kita. Penyelamat dan kejayaan kita di dunia adalah melalui pendidikan,' katanya.

Tambahnya, jika kita kehilangan sedikit identiti kita kerana pendidikan, ia adalah lebih baik daripada menjadi jahil dan hamba kepada orang lain.

Sheikh Mustafa berada di Singapura sempena Program Pelawat Unggul (DVP) Majlis Ugama Islam Singapura (Muis).

Kemuncak lawatannya sempena program itu merupakan acara ceramah Muis bertajuk, The Challenge of Diversity in Modern Society (Cabaran Kepelbagaian dalam Masyarakat Moden), yang diadakan di Hotel Grand Hyatt, semalam.

Turut hadir dalam ceramah itu ialah Timbalan Perdana Menteri, Encik Teo Chee Hean, dan Menteri Penerangan, Perhubungan, dan Kesenian, Dr Yaacob Ibrahim.

Beliau juga sempat mengadakan pertemuan dengan Presiden Dr Tony Tan Keng Yam.

Sheikh Mustafa merupakan pelawat unggul ketiga yang diundang untuk DVP.

Sebelum ini, Muis pernah mengundang rektor Universiti Al-Azhar, Allahyarham Dr Muhammad Sayyid Tantawi; dan Mufti Syria, Sheikh Dr Ahmad Bader Eddin Hassoun.

'Jika kita mempunyai pendidikan, kita tidak akan merungut atau mengeluh.

'Apabila anda tidak perlu mengeluh, anda akan gunakan tenaga itu untuk bekerja dan tidak menyalahkan orang lain tentang kesilapan yang anda lakukan,' ujar Sheikh Mustafa.

Tambahnya, beliau mengimpikan bahawa dunia ini tidak mempunyai orang-orang yang buta huruf.

'Tetapi sebagaimana yang kita ketahui, di negara- negara yang majoriti penduduknya adalah orang Islam, ramai orang Islam yang buta huruf.' katanya lagi.

Menurut Sheikh Mustafa, wahyu pertama yang diturunkan Allah swt kepada Rasulullah adalah Iqra' atau 'bacalah'.

'Mengapa Allah tidak menyuruh Nabi supaya percaya? Ini kerana semua umat manusia mempunyai kepercayaan tetapi kepercayaan yang bagaimana? Oleh itu, kita diminta supaya mempelajari kepercayaan kita,' ujarnya.

Masyarakat Islam, beliau berkata, sedang menghadapi dilema.

'Saya amat bimbang tentang apakah jenis Islam dan ke manakah tujuan atas nama Islam yang akan dituju masyarakat Islam. Ia adalah masalah utama kita,' ujarnya.

Beliau menambah, masyarakat Islam sedunia juga sedang menghadapi paradoks, di mana tiada tentera Islam yang menjajah mana-mana negara, sebaliknya peperangan sedang berlaku di negara Islam. Namun, masyarakat Islam pula yang digelar 'pengganas.'

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular