Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Sabtu, 1 Oktober 2011

Pernikahan peniaga Brunei kecuh diserang isteri

Muhamad Fadzil menunjukkan gambar anak dan dua cucunya yang gagal dikesan





CHEMOR - “Dia ghaib sejurus bakal suaminya dibelasah orang kampung kerana menipu pada hari pernikahan mereka. Bakal menantu kami rupa-rupanya beristeri tiga,” kata Azizah Gulap Din, 56, ibu kepada Ros Mawati, 31, yang menghilangkan diri bersama dua anak perempuannya sejak lima bulan lalu.

Menurutnya, dia dan suami, Muhamad Fadzil Nordin, 59, bimbang nasib Ros Mawati dan dua cucu mereka, Arina Batirsha Amirzudin, 1, dan Arisa Balqis Amirzudin, 6, dipercayai dilarikan lelaki itu. April lalu, pasangan warga emas itu berdepan detik memalukan apabila majlis perkahwinan besar-besaran anaknya bersama seorang lelaki mendakwa ahli perniagaan dari Brunei kecoh selepas diserang seorang wanita yang mendakwa isterinya.

Wanita berkenaan turut mendedahkan lelaki itu pernah berkahwin tiga kali menggunakan khidmat sindiket nikah palsu.

Lebih memburukkan keadaan, wanita terbabit merayu lelaki itu mendaftarkan dulu kelahiran anak mereka berusia tujuh tahun yang gagal memasuki sekolah akibat ketiadaan sijil kelahiran.

Akibat kejadian itu, keluarga terpaksa membatalkan majlis perkahwinan itu biarpun dihadiri beratus tetamu.

Katanya, akibat kejadian itu, Ros Mawati bersama dua cucunya lari meninggalkan rumah, dipercayai mengikut lelaki itu pada 19 Mei lalu dengan menaiki sebuah kereta Proton Satria.

Menurutnya, dia dan suami berharap anaknya pulang dan memberi peluang berjumpa dua cucu mereka.

“Saya mengakui malu dengan kejadian itu sebelum membatalkan acara pernikahannya walaupun majlis kenduri dihadiri ratusan penduduk kampung,” katanya.

Katanya, Ros Mawati seolah-olah tidak boleh menerima keputusan itu kerana menghalangnya berkahwin dengan lelaki tidak jujur itu yang mengaku masih bujang.

Azizah berkata, Ros Mawati seolah-olah terkena ilmu pengasih dan tidak mahu mendengar nasihat keluarga demi masa depan dua anaknya yang masih kecil.

Menurutnya, dia bimbang nasib cucunya kerana seorang daripada mereka menghidap asma.

“Kami risau apabila dia dan anaknya hilang begitu saja dan tidak pulang ke rumah sejak lima bulan lalu.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular