Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Sabtu, 4 Februari 2012

Aneh: Kehadirian kucing ditengah laut !!

Dari kiri: Wafi, Zaharuddin, Richard, Ahmad Shukran dan Hamdi bergambar bersama 'Si Anam' di pejabat pentadbiran AP9.




BANDAR SERI BEGAWAN - Kakitangan yang bekerja di salah satu pelantar Brunei Shell Petroleum luar pesisir, Ampa 6 (AP6) membuat penemuan mengejutkan di pelantar yang terletak 20 kilometer dari darat.

Hamdi Adnan, seorang juruteknik elektrik BSP yang sedang melakukan kerja-kerja penyelenggaraan di pelantar pada mulanya ternampak apa yang kelihatan seperti ekor yang melintasinya dari sudut matanya. Selepas menyiasat bersama rakan sekerjanya, didapati adanya seekor kucing di kompleks tanpa penghuni itu.

Tidak ada sesiapa yang mempercayai mereka pada mulanya apabila mereka melaporkan kepada pegawai atasan dan rakan sekerja mereka di pelantar Ampa 9 (AP9).

Selepas meyakinkan semua orang, kejadian itu dilaporkan kepada pegawai Kesihatan Awam Alam Sekitar Pusat Kesihatan Panaga BSP di mana mereka membawa pengangkut dan perangkap kucing ke AP6.

Kucing yang ketakutan itu sukar ditangkap dengan tangan, bersembunyi di bawah kabin-porta di AP 6 tetapi akhirnya berjaya ditangkap dengan perangkap dari luar pesisir. Ia seterusnya dihantar ke AP9 dan dibawa pulang ke darat untuk diambil oleh pegawai kesihatan.

Terdapat banyak teori melulu atau tidak berasas oleh penghuni AP9 berkenaan bagaimana kucing boleh berakhir di pelantar tanpa penghuni yang terletak 20 km dari darat.

Ada di antara mereka fikir ia berenang, terbang masuk dan ia adalah "kucing jadian" dan penumpang gelap dalam kargo dari darat. Kakitangan juga tertanya-tanya apakah reaksi operator sekiranya mereka terjumpa kucing yang mengiau pada waktu malam.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular