Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Khamis, 1 Mac 2012

Dua gadis terbunuh di ladang sawit

Anggota bomba mengeluarkan mayat mangsa yang tersepit, kelmarin. Gambar kecil, Nurul Erieza, maut.




ROMPIN - Dua rakan karib terbunuh selepas Proton Iswara dinaiki mereka terbabas dan merempuh pokok kelapa sawit di Kilometer 127.7 Jalan Kuantan-Segamat, dekat Felda Keratong, Muadzam Shah, di sini, petang kelmarin.

Dalam kejadian jam 6 petang itu, Nurul Erieza Sulaiman dan Maizatul Akmam Mahadi, kedua-duanya berusia 22 tahun, tersepit dan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala serta anggota badan.

Abang Nurul Erieza, Mohd Shukri, 23, berkata, kali terakhir dia bertemu adiknya yang dipanggil Angah oleh keluarga ialah dua minggu lalu ketika mengunjungi rumah ibu bapa mereka.

“Ketika itu Angah langsung tidak menunjukkan sebarang perubahan, cuma saya pelik sejak dua minggu lalu dia akan memaklumkan kepada saya ke mana saja dia mahu pergi,” katanya.

Menurutnya, dia difahamkan ketika kejadian adiknya yang juga anak kedua daripada lima beradik dalam perjalanan pulang ke rumah sewanya di Kuala Rompin dari Serdang, Selangor.

Katanya, adiknya yang juga bekas pelajar International College of Health Sciences (ICHS), Serdang, adalah seorang periang dan ramah. Mohd Shukri berkata, adiknya bekerja sebagai pembantu tadbir di Rompin tinggal serumah dengan Maizatul Akmam yang bekerja di bandar sama.

“Mereka berkawan sejak belajar bersama di kolej berkenaan namun saya tidak pula dimaklumkan tujuan mereka ke Serdang pada hari kejadian,” katanya ketika dihubungi, semalam.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular