Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Khamis, 1 Mac 2012

Zaid Ibrahim timbang saman Zamil Ibrahim




SHAH ALAM - Datuk Zaid Ibrahim menegaskan, beliau sedang mempertimbangkan untuk mengambil tindakan ke atas Zamil Ibrahim, yang sambil mengisytiharkan dirinya sebagai Ketua Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita), terus mempertikaikan kewibawaan kepimpinan semasa.

Kata Zaid, oleh kerana Zamil terus-menerus membuat dakwaan sedemikian, sudah tiba masanya beliau mempertimbangkan tindakan perundangan ke atasnya.

"Nampaknya Zamil terus mendakwa beliau sebagai ketua Kita, sebenarnya Zamil bukan lagi ahli Kita, dia sudah pun dipecat, jadi saya tidak tahu apa matlamat beliau," katanya kepada wartawan.

Kelmarin, Zaid menegaskan beliau masih mengetuai parti itu dan mahu mengambil tindakan ke atas beberapa media arus perdana jika terus mendakwa beliau telah 'digulingkan' daripada jawatan itu.

"Saya sudah menghubungi peguam-peguam saya agar menguruskan perkara ini. Saya akan menyaman jika mereka tidak mahu menerima balik beberapa kenyataan mengatakan Kita diketuai seorang ketua yang baru," kata Zaid kelmarin.

Menurut beliau, sebahagian besar anggota jawatankuasa eksekutif pusat (JEP) Kita masih bersama beliau dan menyokong kepimpinannya.

"Kesemua 30 JEP bersama saya, mereka menyokong saya. Zamil bukan lagi ahli Kita, dia bersama seorang dua mendakwa ada sokongan dan mendakwa sudah menjadi ketua parti," katanya.

Zamil yang menemui Pendaftar Pertubuhan (Ros) di Putrajaya kelmarin berkata, beliau telah meminta agensi itu agar mengisytiharkan dirinya sebagai Ketua Kita yang baru, bukannya mengatakan telah pun diisytiharkan sebagai penyandang jawatan itu.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular