Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Jumaat, 16 Mac 2012

Pelancong Brunei penting buat S'pura




BANDAR SERI BEGA'WAN - Singapura mempunyai pakej serba lengkap sebagai pulau pelancongan dan kediaman dengan suasana menarik dan pemandangan panoramik.

Pengarah Lembaga Pelancongan Singapura bagi Kawasan Filipina dan Brunei Dayang Sherina Chan menekankan perkara pada sidang Makan Tengah hari bersama Media Tempatan di Hotel Radisson hari ini.

Menurutnya, pelancongan merupakan satu sumber pendapatan utama Singapura dan untuk itu, pihak berkuasa relevan akan memastikan setiap pelancong mendapat laluan mudah untuk memasuki negara itu. "Bilangan ketibaan pelawat dari Negara Brunei Darussalam pada tahun lepas mencecah lebih 62,000 dan menjadikan Brunei Pelancong Antarabangsa ke-25 dalam pasaran pelancongan Singapura dan kami gembira dengan sokongan berterusan dari rakyat Brunei," kata Dayang Sherina.

Laluan mudah bagaimanapun tidak bermakna Singapura tidak mementingkan keselamatan, dengan kecanggihan dan kesiapsiagaan berdepan dengan apa jua keadaan, Singapura akan terus memastikan keselamatan pelancong, tambahnya.

Singapura juga terkenal sebagai destinasi pelancongan perubatan yang menjana keuntungan hampir AS$3 bilion daripada pesakit asing yang menyifatkannya sebagai pilihan terbaik dengan harga berpatutan bagi rawatan terbaik Singapura.

Terkenal dengan pusat peranginan seperti Marina Bay Sands, Sentosa dan banyak lagi, Singapura sedang giat menjalankan pembangunan dan pembaharuan yang bertujuan meningkatkan lagi kemasukan pelancong ke seluruh dunia. Antara yang sedang giat diusahakan ialah seperti 'Garden by the Bay', International Cruise terminal, River Theme Park, dan juga pembangunan hotel-hotel terbaru seperti Equarius Hotel, and Beach Villas.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular