Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Khamis, 15 Mac 2012

Polis: Selesai siasat kes Pelakon Balkisyh

BALKISYH




KUALA LUMPUR - Kes laporan polis yang dibuat seorang pelakon, Balkisyh Semundur Khan, 25, pada 16 Februari berhubung dakwaan dipukul suaminya berusia 28 tahun di rumah mereka di Wangsa Maju, di sini kini sudah selesai.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan ketika dihubungi berkata, pelakon terbabit memang membuat laporan di Balai Polis Wangsa Maju, pada 16 Februari dan hasil siasatan yang dijalankan, polis mendapati kes itu lebih bersifat peribadi dan mangsa boleh menyelesaikan kesnya itu di mahkamah jika mahu berbuat demikian.

“Selepas berpuas hati dengan keterangan diberikan mangsa, polis anggap kes berkenaan selesai. Kini, terpulang kepada mangsa sama ada mengambil tindakan undang-undang ke atas suaminya atau tidak.

“Jika mangsa mahu meneruskan kesnya di mahkamah sama ada Mahkamah Majistret atau Syariah, mangsa boleh berbuat demikian.

“Bagi polis kes terbabit sudah selesai dan tindakan selanjutnya terpulang kepada mangsa membawa kesnya ke mahkamah atau tidak,” katanya.

Pada 17 Februari lalu media melaporkan angkara cemburu buta, seorang pelakon, Balkisyh Semundur Khan, 25, bukan saja ditampar, malah kepalanya dihentak pada almari, bahkan dicekik suaminya berusia 28 tahun di rumah mereka di Wangsa Maju.

Dalam kejadian jam 10.30 malam itu, pelakon yang membintangi filem Diva selain tercalon sebagai pelakon harapan wanita pada Festival Filem Malaysia ke-20 itu bernasib baik apabila sempat melarikan diri dari rumah sebelum membuat laporan di Balai Polis Wangsa Maju, di sini. Malah, Balkisyh yang juga pemenang tempat ketiga pencarian Gadis Metro pada 2004 ketika dihubungi pada ketika itu mengesahkan perselisihan faham kerana sikap cemburu buta suaminya. Pelakon berkenaan dikatakan baru menamatkan sesi penggambaran drama bertajuk Landasan Cinta yang sudah ditayangkan menerusi slot Samarinda di TV3 tidak lama lagi.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular