Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Rabu, 2 Mei 2012

Pertumbuhan penduduk di Brunei lebih rendah


BANDAR SERI BEGAWAN  - Negara Brunei Darussalam mencatatkan purata kadar pertumbuhan tahunan penduduk lebih rendah iaitu sebanyak 1.7 peratus berbanding Standard Universal Global sebanyak 2.0 peratus, demikian menurut hasil Banci Penduduk dan Perumahan 2011 yang diumumkan hari ini.

Berdasarkan banci tersebut, kiraan awal penduduk di Brunei termasuk kiraan penduduk asing bagi tahun 2011 ialah seramai 393,162 berbanding 332,844 orang semasa banci 2011.

Pemangku Ketua Pengarah Jabatan Perancangan dan Kemajuan Ekonomi (JPKE), Jabatan Perdana Menteri, Awang Haji Abd Amin bin Haji Hashim berkata, jumlah penduduk itu terdiri daripada 202,668 orang lelaki (51.5 peratus) dan 190,494 orang perempuan (48.5 peratus).

"Seperti banci-banci terdahulu, Daerah Brunei Muara kekal sebagai daerah yang paling ramai penduduk dengan 279,842 orang iaitu mewakili 71.2 peratus daripada jumlah penduduk. Ini diikuti oleh Daerah Belait (15.4 peratus), Daerah Tutong (11.2 peratus) dan Daerah Temburong (2.3 peratus)," katanya pada sidang akhbar yang diadakan di Bangunan JPKE, Ong Sum Ping, di sini.

Manakala, jumlah isi rumah semasa Banci 2011 adalah sebanyak 68,208 berbanding dengan 55,696 pada tahun 2001 dengan saiz purata setiap isi rumah pula adalah seramai 5.8 orang ahli.

Menyentuh mengenai statistik perumahan, Awang Haji Abd Amin memberitahu, buat pertama kalinya, Banci 2011 menyediakan jumlah stok perumahan di Negara Brunei Darussalam.

Katanya, jumlah stok perumahan adalah sebanyak 81,903 buah tempat kediaman dan daripada jumlah itu bilangan tempat kediaman yang didiami adalah sebanyak 65,437 buah iaitu 79.9 peratus.

Daerah Brunei Muara mempunyai bilangan tempat kediaman yang didiami tertinggi iaitu sebanyak 45,927 buah atau 70.2 peratus.

Banci Penduduk dan Perumahan 2011 dibuat pada 20 Jun hingga 3 Julai 2011, dan kajian penilaian Banci bagi BPP 2011 juga telah dikendalikan bermula 8 Oktober 2011 hingga 30 November 2011 yang memuatkan maklumat mengenai jumlah penduduk, isi rumah dan tempat kediaman serta taburan dan pertumbuhan mengikut daerah.

Menurut Awang Haji Abdul Amin lagi laporan awal BPP 2011 ini merupakan penerbitan pertamanya dalam siri laporan-laporan Banci yang akan dikeluarkan secara berperingkat-peringkat.

Ia memaparkan maklumat awal BPP 2011 yang diperolehi dari peringkat kedua (menemu duga) BPP 2011 pada bulan Jun/Julai 2011 dan kemudiannya dikemaskinikan menggunakan hasil kajian Penilaian BPP 2011 pada bulan Oktober dan November 2011.

Maklumat awal ini adalah tertakluk kepada semakan lanjut setelah pemprosesan data diselesaikan sepenuhnya. Maklumat terakhir dan yang lebih terperinci akan dikeluarkan melalui laporan-laporan BPP 2011 seterusnya.

Anggaran kependudukan pertengahan tahun yang dikeluarkan sebelum ini secara tahunan akan juga disemak semula menggunakan maklumat terakhir BPP 2011.

Awang Haji Abdul Amin berkata, Laporan Banci untuk peringkat selanjutnya akan memuatkan data ralat liputan dan ralat kandungan yang diperolehi daripada penyemakan semula oleh Penyiasatan Penilaian Liputan Banci.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular