Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Rabu, 2 Mei 2012

'Saranan naik gaji Profesor Lim pendekatan drastik'



SINGAPURA - PERDANA Menteri, Encik Lee Hsien Loong, berkata saranan yang dikemukakan pakar ekonomi ulung tempatan, Profesor Lim Chong Yah, agar gaji pekerja berpendapatan rendah dinaikan sebanyak 50 peratus dalam tempoh tiga tahun satu pendekatan 'drastik'.

Beliau, bagaimanapun, menghargai niat di sebalik saranan Profesor Lim dan berkongsi keinginannya membantu pekerja berpendapatan rendah.

'Tetapi saya tidak bersetuju dengan pendekatannya yang drastik. Langkah yang lebih realistik ialah bergerak setapak demi setapak - gaji dan daya penghasilan naik bersama,' kata Encik Lee.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Rapat Hari Pekerja Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) di Downtown East Pasir Ris, semalam.

Dalam ucapannya, Encik Lee akur bahawa 'usaha khas' diperlukan bagi membantu pekerja berpendapatan rendah.

Pendekatan yang disarankan Profesor Lim mendapat perhatian meluas serta memberi harapan yang tidak realistik, kata beliau.

Oleh itu, penting bagi Perdana Menteri menerangkan mengapa pendekatan Profesor Lim tidak akan berjaya agar para pekerja tidak keliru.

Encik Lee menerangkan kenaikan gaji yang pesat akan menyebakan kenaikan kos dan ini akan menjejas syarikat-syarikat setempat.

Syarikat yang terjejas akibat kenaikan kos mungkin terpaksa membuang pekerja atau memindahkan operasinya ke luar negara.

'Kenaikan gaji yang pesat tanpa kenaikan daya penghasilan yang setanding akan memburukkan keadaan bagi pekerja berpendapatan rendah,' jelas Encik Lee.

Sebelum ini, beberapa pemimpin telah melahirkan kebimbangan mengenai saranan yang dikemukakan Profesor Lim.

Setiausaha Agung NTUC, Lim Swee Say, misalnya, berkata pendekatan Profesor Lim mempunyai 'risiko terlalu tinggi'.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular