PENERJUN wanita negara, Pandelela Rinong (kanan) meraikan kejayaan bersama pegawai dan jurulatihnya selepas berjaya memenangi pingat emas Sukan Komanwel dalam acara 10m platform di Kompleks Aquatik Dr S P Mukaherjee di New Delhi, India, hari ini.KUALA LUMPUR 11 Okt. – Malaysia menambah satu lagi koleksi pingat emas Sukan Komanwel XIX menerusi Pandelala Rinong dalam acara terjun 10m platform di Kompleks Akuatik Dr. S.P. Mukherjee, sebentar tadi.
Sementara itu, persaingan di Stadium Jawarharlal Nehru pula menyaksikan skuad boling padang memberi pingat pertama untuk negara apabila regu lelaki menundukkan Scotland, 19-15 dalam penentuan gangsa, sebentar tadi.
