Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Isnin, 11 Oktober 2010

Jabatan Kimia perlu masa untuk analisis DNA kes Sosilawati



PETALING JAYA: Jabatan Kimia memerlukan lebih masa bagi mengenal pasti profil asid deoksiribonukleik (DNA) ke atas bukti yang ditemui di lokasi kejadian kes pembunuhan kejam jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, bersama tiga rakannya.

Ketua Pengarahnya, N Hithaya Jeevan, berkata sebarang keputusan kes itu tidak akan didedahkan dalam tempoh terdekat kerana masih ada beberapa ujian lagi perlu dibuat membabitkan cebisan tulang dan sampel rambut yang ditemui.

"Siasatan dan ujian masih diteruskan. Sebarang keputusan akan dilaporkankepada polis secepat mungkin dan dikemaskini dari semasa ke semasa," katanya kepada pemberita pada majlis penghargaan sempena persaraannya mulai esok di jabatan itu di sini hari ini.
Hithaya berkata, setakat ini beliau tidak pasti tempoh ujian itu dapat diselesaikan kerana dalam kes biasa Jabatan Kimia memerlukan masa dua minggu bagi menyiapkan laporan.

Beliau berkata, pada masa ini satu pasukan khas terdiri daripada enam pakar forensik terlatih dan berpengalaman sedang berusaha menyiapkan semua ujian DNA bagi membantu polis untuk melengkapkan siasatan kes itu yang menjadi tumpuan masyarakat.

Kira-kira dua minggu lalu, Hithaya berkata Jabatan Kimia berdepan kesukaran dalam menentukan profil DNA serpihan tulang dipercayai milik mangsa pembunuhan yang dikumpul sebelum itu, berikutan keadaan tulang yang dijumpai terbakar teruk dan telah terdedah kepada suhu terlalu tinggi.

Sosilawati 47, bersama tiga lelaki iaitu pemandu peribadinya, Kamaruddin Shansuddin, 44, pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru, Kuala Lumpur, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi, Ahmad Kamil Abd Karim, 32, dilaporkan hilang sejak 30 Ogos lalu selepas dikatakan ke Banting, Selangor untuk urusan pembelian tanah.
Polis kemudian mengesahkan keempat-empat mangsa dipukul sampai mati sebelum mayat mereka dibakar dan abu dibuang ke dalam sungai berdekatan Ladang Gadong, Banting dekat sini.

Berikutan itu, Unit Forensik Polis menemui beberapa objek termasuk serpihan tulang dan sampel rambut yang dipercayai bahan bukti dalam kes pembunuhan itu, dan polis telah menghantar sampel tersebut ke Jabatan Kimia untuk dianalisis pada bulan lalu.

Sementara itu, sumber memberitahu BERNAMA bahawa ada beberapa profil DNA sukar diperolehi kerana cebisan tulang ketika ditemui telah lama terendam dalam air sungai.

"Kalau terbakar kita masih boleh kesan lagi tetapi agak sukar jika sudah terlalu lama rendam dalam air.

"Namun apa yang diperolehi ini masih boleh dianalisis bergantung kepada keadaan," katanya.

Dalam kes ini, lapan suspek telah ditahan sejak awal September lalu dan ketika ini mereka ditahan reman sehingga 13 dan 15 Oktober ini bagi turut membantu siasatan kes ahli perniagaan dari Sungai Petani, Mohd Syafiq Abdullah, 37, yang dilaporkan hilang bersama rakan niaga pada April lalu. - BERNAMA

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular