Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Isnin, 11 Oktober 2010

Pandelela akhiri kemarau emas

PANDELELA menepati ramalan apabila menghadiahkan pingat emas ketujuh kontinjen negara semalam.


ATLET terjun negara, Pandelela Rinong menghadiahkan pingat emas ketujuh kontinjen Malaysia pada Sukan Komanwel 2010 semalam.


Pada aksi final di Kompleks Renang S.P Mukharjee semalam, penerjun berusia 17 tahun kelahiran Sarawak ini beraksi cemerlang dalam acara 10 meter platform wanita.

Dia mengumpul 371.05 mata keseluruhan untuk menewaskan dua penerjun Australia, Melissa Wu (369.50 mata) dan Alexandra Croak (355.40 mata).

Bagi Pandelela, kejayaan itu cukup bermakna kerana ini merupakan pingat kedua yang berjaya dimenangi di bumi New Delhi, India.

Kelmarin, Pandelela yang bergandingan bersama Leong Mun Yee dalam acara 10 meter platform memenangi pingat perak pada hari pertama acara terjun dilangsungkan.

Gandingan penerjun berpengalaman itu memastikan tempat kedua acara tersebut menjadi milik mereka selepas mengumpul 328.38 mata.

Seorang lagi penerjun negara, Traisy Vivien menduduki tempat kesembilan dalam acara tersebut.

Dalam acara 3m papan anjal lelaki, tiga penerjun negara gagal menyaingi penerjun Kanada dan Australia yang menguasai acara tersebut.

Yeoh Keen Nee menduduki tempat keenam, Bryan Nickson Lomas ketujuh dan Muhammad Fakhrul Md. Zain kedudukan ke-10.

Sementara itu, penantian kontinjen Malaysia untuk memenangi pingat dalam acara boling padang berakhir semalam.

Meskipun sekadar memenangi pingat gangsa dalam acara berpasangan lelaki, ia sudah cukup untuk menggembirakan skuad boling padang negara yang sebelum ini dianggap sebagai ‘lubuk emas’.

Pada aksi di Stadium Jawaharlal Nehru itu, pingat gangsa yang dimenangi adalah menerusi Khairul Anuar Abd. Kadir dan Fairul Izwan Abd. Muin.

Khairul Anuar dan Fairuz Izwan mencatat kemenangan 15-1, 4-14, 5-1 ke atas pasangan Scotland, Darren Burnett dan Speirs Neil.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular