Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Sabtu, 16 Jun 2012

Ikrab tonjol seni Bawean acara di Kuala Lumpur




SINGAPURA - IKATAN Ria Bersama (Ikrab) - satu-satunya kumpulan yang masih mendukung kesenian asli Bawean di sini sejak sekitar 30 tahun lalu - telah diundang menjayakan satu persembahan rebana dan hadrah kompang di Kuala Lumpur esok(17 Jun).

Ikrab adalah satu-satunya kumpulan dari Singapura yang bakal menjayakan persembahan melibatkan beberapa kumpulan terkenal dari beberapa negeri di Semenanjung Malaysia itu.

Pengasas dan presiden Ikrab, Haji Diman Ahadi, 66 tahun, berkata undangan tersebut adalah penghormatan pihak penganjur terhadap kumpulannya.

"Selepas masing-masing membuat persembahan hadrah kompang, kami akan mengambil kesempatan tersebut menonjolkan kesenian asli Bawaen di majlis itu. Kami akan mempersembahkan kercingan, gelipang, lenggok dan pencak pedang.

"Kesemua kesenian ini adalah asli yang kami pertahankan dan turunkan kepada anggota generasi muda agar tidak lapuk dek zaman,'' tambah Haji Diman, yang juga anggota Persatuan Bawean Singapura (PBS).

Menurut beliau, seramai 40 anggota kumpulannya menyertai rombongan yang berada di Kuala Lumpur dari Khamis hingga esok.

Acara yang akan berlangsung di dewan perhimpunan masyarakat, Stone Town, Batu 5, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur, dianjurkan bersama oleh enam pasukan hadrah kompang terkenal di Malaysia.

Antaranya ialah Kumpulan Ezhar cawangan Kampung Batu, Jalan Ipoh, Kumpulan Ezhar kampung Limau, Kesenian Kompang Paluan Mim, Kompang At-Taqwa, Hadrah Sri Kerayong dan Kumpulan Kompang Warisan Lani.

Tema acara besar-besaran dan penuh warna-warni itu ialah Satu Jiran Muda, Satu Jalinan Kompang.

Mengenai Ikrab, Haji Diman berkata kumpulannya pernah mendapat undangan mengadakan persembahan kesenian asli Bawean bagai masyarakat suku tersebut di Johor.

"Tetapi, kami kurang mendapat undangan di majlis-majlis keramaian atau rasmi di sini kerana mungkin orang ramai dan masyarakat Bawean di sini kurang menyedari kewujudannya.

"Namun, kami tetap pertahankan kewujudan Ikrab bagi memastikan kesenian asli Bawean tidak pupus di sebalik arus permodenan dan kepesatan minat golongan belia terhadap Internet,'' tambah Haji Diman.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular