Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Jumaat, 22 Jun 2012

Pasangan bertunang ahad ini "berkhalwat" dicekup



AMPANG - Sepasang kekasih yang bakal melangsungkan pertunangan Ahad ini dicekup penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan pegawai Masjid Al-Azim, Pandan Indah di sebuah apartment, di sini, awal pagi semalam.

Lelaki berusia 24 tahun dan pasangannya berusia 29 tahun ditahan dalam serbuan kira-kira jam 4 pagi itu, ketika sedang berdua-duaan dalam bilik di rumah berkenaan.

Pegawai Masjid Al-Azim, Ahmad Nawi Othman berkata, berdasarkan aduan orang awam, sepasukan anggota yang diketuainya memeriksa kediaman berkenaan.

“Pemeriksaan lanjut menemui seorang wanita memakai baju tidur dan seorang lelaki hanya memakai seluar pendek dalam salah satu bilik di rumah berkenaan,” katanya.

Beliau berkata, pasangan itu kemudiannya ditahan untuk siasatan lanjut kerana gagal menunjukkan sebarang dokumen mempunyai hubungan suami isteri.

“Mereka dibawa ke Balai Polis Bukit Indah untuk dibuat laporan tangkapan sebelum siasatan lanjut dan dijamin dengan jaminan keluarga atau kenalan masing-masing,” katanya.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular