Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Selasa, 19 Jun 2012

49 kes jenayah dilaporkan tempoh 7 hari


BANDAR SERI BEGAWAN - Bagi tempoh tujuh hari kebelakangan ini iaitu dari 10 Jun hingga 16 Jun lalu, Pasukan Polis Diraja Brunei telah mencatatkan sebanyak 49 kes berhubung dengan kes jenayah curi dengan antara kawasan yang menjadi tumpuan berlaku kejadian curi adalah tempat kediaman persendirian, kawasan letak kereta, kawasan kedai dan pusat membeli-belah.

Laporan itu dikongsi oleh SM 1892 Zainal Abidin bin Sahari bagi laporan televisyen dan radio, hari ini. Menurut laporan itu, di antara barang-barang yang dilaporkan hilang adalah 8 biji telefon bimbit, 1 unit komputer riba, 1 set komputer,1 unit iPad, 1 unit kamera, 2 unit permainan elektronik PS2 dan PS3, 1 set pemain DVD, 2 unit televisyen, 1 unit ASTRO, 1 unit generator bateri, 8 unit radiator kereta, 3 unit penyaman udara, 2 unit kompresor aircon, 1 unit peti ais, 9 biji tong gas, 4 biji rim kereta berserta tayar,sebuah perahu kayu berserta enjin 30 HP, 10 keping panel pintu, 2 tong cat 18 liter, 18 ½ gulung wayar wiring, besi buruk, seutas jam tangan, barang-barang kemas dan dokumen penting.

Manakala itu sebanyak 4 buah kereta telah dilaporkan hilang iaitu sebuah kereta Toyota Corolla putih dilaporkan hilang pada 9 Jun di kawasan letak kereta pasar raya di Beribi, sebuah kereta Daihatsu Charade berwarna kelabu yang dilaporkan hilang pada 11 Jun di Kampung Kiulap, sebuah Nissan Laurel berwarna putih yang dilaporkan hilang pada 13 Jun di sebuah bengkel kereta dan sebuah kereta Daihatsu Terios berwarna metalik hijau yang dilaporkan pada 13 Jun di sebuah kompleks bangunan di Bengkurong.

Sementara itu di antara kesalahan-kesalahan lain yang dilaporkan adalah 2 kes laporan pelacuran di bawah Seksyen 29 (a)(1) kanun hukuman jenayah, 1 kes laporan cedera parah Seksyen 324 kanun hukum jenayah di mana seorang lelaki warga Bangladesh telah dikerat lehernya, 6 kes pukul di bawah Seksyen 323 kanun hukuman jenayah, 1 kes dengan sengaja menyebabkan cedera dan menakutkan pekhidmat awam daripada menjalankan kewajipan di bawah seksyen 332 kanun hukuman jenayah, 1 kes menjatuhkan maruah di bawah seksyen 354 kanun hukuman jenayah, 2 kes rogol di bawah Seksyen 376 kanun hukuman jenayah melibatkan 2 orang remaja perempuan berusia 16 dan 17 tahun, 1 kes pecah amanah di bawah seksyen 408 kanun hukuman jenayah, 4 laporan kes tipu di bawah Seksyen 417,24 kes rosak barang di bawah Seksyen 427 kanun hukuman jenayah, 2 kes menceroboh di bawah seksyen 441 kanun hukuman jenayah, 1 kes pecah rumah di bawah seksyen 447 kanun hukuman jenayah.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular