Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Selasa, 19 Jun 2012

Warga Melayu Singapura maut di Melbourne, Australia


Kemalangan jalan raya yang meragut nyawa seorang kanak-kanak dan mencederakan lima anggota keluarganya berlaku di Lebuh Raya Hume dekat Northwood di utara Melbourne pada 7 pagi semalam (5 pagi waktu Singapura).




SINGAPURA - SATU lagi kemalangan maut berlaku di luar negara, kali ini membabitkan satu keluarga Melayu yang sedang bercuti di Melbourne, Australia.

Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun terkorban manakala lima anggota keluarganya tercedera setelah van yang mereka naiki terbabas lalu merempuh sebatang pokok di sebuah lebuhraya di wilayah Victoria, Australia, pagi semalam.

Keluarga enam orang itu dilaporkan sedang bercuti di Australia ketika nahas itu berlaku sekitar 7 pagi (5 pagi waktu Singapura) di Lebuh raya Hume dekat Northwood di utara Melbourne.

Tragedi itu berlaku selang tiga hari selepas satu kemalangan jalan raya berlaku di New Zealand, yang meragut nyawa pasangan pengantin baru warga Singapura, pada Jumaat lalu.

Menurut laporan media Australia, The Age, mangsa yang terkorban meninggal dunia di tempat kejadian.

Dua lagi remaja berusia 12 dan 15 tahun cedera parah di kepala. Kedua-dua mangsa telah diterbangkan ke Hospital Diraja Kanak-Kanak.

Seorang wanita berusia 44 tahun dan seorang lagi kanak-kanak berusia 13 tahun turut tercedera dan telah dibawa ke Hospital Northern. Mereka kini dilaporkan dalam keadaan stabil.

Manakala pemandu kenderaan tersebut mengalami kecederaan serius di kepala dan diterbangkan ke Hospital Royal Melbourne.

Kemalangan menyebabkan beg-beg dan pakaian bertaburan di sepanjang lebuh raya yang sibuk.

Difahamkan, keluarga berkenaan sedang menaiki van berwarna putih dalam perjalanan ke selatan apabila nahas berlaku.

Tiada kenderaan lain terlibat dalam kemalangan yang menyebabkan laluan lebuh raya itu ditutup.

Polis Victoria berkata para pegawai dari Unit Siasatan Nahas Serius sedang menyiasat punca kemalangan itu.

Kementerian Ehwal Luar (MFA) ketika dihubungi semalam mengesahkan kejadian itu.

Menurut MFA, pihaknya tahu tentang kemalangan jalan raya yang melibatkan keluarga enam warga Singapura itu.

"Kami sedang berhubung dengan salah seorang mangsa dan keluarga terdekat mereka di Singapura.

"Seorang pegawai MFA dari Suruhanjaya Tinggi Singapura di Canberra kini di Melbourne bagi menghulurkan bantuan konsular kepada keluarga berkenaan," kata jurucakap MFA menerusi e-mel.

Kementerian itu enggan mendedahkan maklumat lanjut identiti mangsa.

Dimaklumkan, pemandu lelaki itu dikenali sebagai Encik Fauzy Aman, 47 tahun.

Kakaknya, Cik Faridah Aman, 54 tahun, memberitahu, keluarganya dimaklumkan tentang kemalangan itu oleh seorang pegawai kementerian pada sekitar 1 tengah hari semalam.

"Saya hanya tahu salah seorang anak saudara saya telah meninggal dunia, tiga lagi termasuk adik saya masih dirawat di unit jagaan rapi," katanya dengan nada sayu.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular