Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Rabu, 20 Jun 2012

Denda RM10 juta bawa RM400,068 ke Thailand



KOTA BHARU – Mahkamah Tinggi di sini semalam mengekalkan hukuman denda berjumlah RM10 juta ke atas pasangan suami isteri warga Thailand atas tuduhan membawa keluar wang kertas Malaysia berjumlah RM400,068 ke Thailand pada awal tahun ini.

Hakim Azman Abdullah memutuskan mengekalkan sabitan dan hukuman ke atas penjual lembu warga Thailand, Masaleng Itaebula, 27, dan isterinya Wasna Mamuh, 25, setelah mendapati ia setimpal dan tidak terlalu berat dengan kesalahan dilakukan kedua-dua tertuduh.

Mahkamah Majistret Pasir Mas pada 18 Januari lalu, menjatuhkan hukuman denda RM5 juta kepada setiap seorang tertuduh selepas mereka mengaku salah atas pertuduhan yang dikenakan dan jika gagal membayar denda itu mereka boleh dipenjara 15 bulan.

Kedua-dua tertuduh yang berasal dari Pattani gagal membayar denda yang dikenakan.

Masaleng dan Wasna didakwa membawa keluar wang kertas Malaysia sebanyak RM400,068 yang diletakkan pada skuter dan di dalam beg di pintu keluar Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin, Rantau Panjang menuju ke Thailand pada pukul 4.30 petang, 6 Januari lalu.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 135(1)(a) Akta Kastam 1967 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 135(1)(iii)(aa) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda minimum 10 kali ganda nilai rampasan atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular