Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Jumaat, 22 Jun 2012

Perang artis: Jumpa di Mahkamah






KUALA LUMPUR - PELAKON Anzalna Nasir enggan membalas notis tuntutan kepada peguam Noor Neelofa Mohd Noor walaupun tempoh seminggu yang diberi kepada artis itu, berakhir semalam.

Sebaliknya, Anzalna menyerahkan isu kemelut yang dihadapinya kepada Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) untuk diselesaikan.
Anzalna memberitahu, dia membuat keputusan itu selepas mendapat nasihat SENIMAN yang mahu menemukan mereka termasuk Tasha Shilla bagi menyelesaikan krisis dihadapi di luar mahkamah.

“Kalau Neelofa berkeras nak bawa kes ini ke mahkamah, silakan. Ini kerana saya sudah bersiap sedia dengan bukti. Atas nasihat SENIMAN, saya tidak akan membalas notis diberi.

“SENIMAN mahu membantu menyelesaikan masalah ini. Jadi saya akan serahkan kepada SENIMAN untuk menguruskannya. Malah persatuan itu ada peguamnya sendiri,” katanya.

Walaupun Anzalna melantik peguam mengendalikan kes itu, dia tetap akan menyerahkannya kepada SENIMAN bagi menjernihkan keadaan.

Anzalna berkata, dia belum dimaklumkan tarikh pertemuan atau mesyuarat tertutup antara dirinya, Neelofa dan Tasha Shilla seperti dirancang SENIMAN.
“Apabila tarikh sudah ditentukan, saya akan kemukakan segala bukti yang ada. Saya sudah bersedia cuma dimaklumkan SENIMAN masih belum bertemu dengan Neelofa untuk mendapatkan tarikh sesuai,” katanya.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular