Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Rabu, 27 Jun 2012

Cabul anak majikan: Lelaki Indonesia dipenjara



KUALA LUMPUR — Seorang pembantu rumah lelaki warga Indonesia hari ini dipenjara setahun oleh Mahkamah Majistret selepas mengaku bersalah mencabul kehormatan anak lelaki majikannya berumur 11 tahun 6 bulan di sebuah kondominum di Sentul di sini.

Majistret Nur Azura Murah memerintahkan tertuduh, Aceng Ahmad Siman menjalani hukuman itu bermula dari tarikh dia ditangkap pada 20 Jun lepas.

Aceng, 35, didakwa menggunakan kekerasan jenayah dengan niat untuk mencabul kehormatan kanak-kanak itu dengan memegang bahagian sulitnya di sebuah kondominium di Jalan Putramas 1, Sentul antara 12 tengah malam pada 15 Jun dan 8 pagi, 16 Jun lepas.

Menurut fakta kes, bapa mangsa membuat laporan polis selepas dimaklumkan oleh seorang daripada anggota keluarganya yang pernah melihat tertuduh memegang bahagian sulit mangsa beberapa kali ketika mangsa sedang tidur.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular