Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Selasa, 26 Jun 2012

Khalwat: Satu rumah, tiga pasangan



KLUANG - Tiga pasangan remaja ditangkap berkhalwat oleh Penguat kuasa Jabatan Agama Johor daerah Kluang di sebuah rumah sewa yang terletak di Taman Kluang Barat, di sini, pagi Jumaat lalu.

Ketiga-tiga pasangan itu ditahan pegawai penguat kuasa di rumah berkenaan kira-kira jam 11.30 pagi ketika orang lain sibuk keluar bekerja.

Pegawai Tadbir Agama daerah Kluang, Mohd Khalil Md Noor berkata, serbuan dijalankan berdasarkan aduan daripada orang awam sebelum ini.

“Ketiga-tiga pasangan yang ditangkap berusia dalam lingkungan 17 hingga 27 tahun dan dua remaja yang berusia 17 tahun itu dipercayai sudah berhenti sekolah hasil soal siasat yang dijalankan.

“Kesemua mereka didapati hanya bekerja sambilan di sekitar bandar Kluang dan tidak tinggal bersama keluarga disebabkan masalah keluarga bahkan ada juga yang tidak sempat untuk menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia  (SPM),” katanya ketika dihubungi semalam.

Mohd Khalil berkata, kebanyakan mereka menghadapi kesukaran untuk dijamin kerana ibu bapa mereka tidak dapat hadir sebagai penjamin disebabkan mereka sudah lama tidak tinggal bersama keluarga berikutan ada ibu bapa yang sudah bercerai.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular