Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Jumaat, 22 Jun 2012

Kajol palsu didenda RM1,000


Kajol (kanan) bersama Mohd Zaki selepas mendengar keputusan rayuan, semalam.




KOTA BHARU - Rayuan penyanyi mak nyah tersohor Kelantan, Kajol untuk mengetepikan hukuman denda RM1,000 atau penjara lima bulan yang dikenakan sebelum ini gagal apabila Mahkamah Tinggi Syariah di sini semalam mengekalkan hukuman tersebut.

Bagaimanapun, Kajol atau nama sebenarnya Mohd. Hafiz Jeffri, 26, bernasib baik apabila Hakim Syarie Abu Bakar Abdullah memutuskan untuk menggantung selama setahun hukuman penjara sebulan yang diputuskan Mahkamah Rendah Syariah Tanah Merah pada 21 Jun lalu.

Mohd. Hafis yang mengambil nama aktres Bollywood 'Kajol' sebagai nama gelaran dirinya dijatuhi hukuman tersebut selepas mengaku bersalah berperwatakan seperti wanita dan berpakaian tidak senonoh di khalayak ramai tahun lalu.

Penyanyi mak nyah terkenal itu  menyepi sejak sekian lama selepas terbabit dalam beberapa kontroversi, hadir di Mahkamah Tinggi Syariah, di sini, semalam dengan penampilan mengejutkan apabila berpakaian lelaki lengkap dengan kopiah putih.

Pada prosiding itu, Abu Bakar turut mengarahkan tertuduh berkelakuan baik selama setahun.

Kajol didakwa melakukan perbuatan tersebut di tapak ekspo Padang Majlis Daerah Tanah Merah dekat sini pada 15 April tahun lalu.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular