Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Isnin, 25 Jun 2012

Bomoh tusuk mata anaknya 'mati' kerana berbogel




BELURAN - Berang anak lelakinya sering berkeliaran dalam keadaan bogel, seorang bapa bertindak kejam apabila bukan saja menusuk kedua-dua belah mata anaknya, malah mulutnya turut ditusuk dengan batang penyapu sehingga mati dalam kejadian di sebuah rumah kongsi di Ladang Metro Telupid, dekat sini, malam kelmarin.

Lebih mengerikan, dalam kejadian kira-kira jam 8 malam, mayat mangsa dikenali sebagai Nasrul Ali, 24, turut ditusuk di beberapa bahagian muka sehingga wajahnya sukar dicam selain beberapa tusukan di belakang badannya dipercayai menggunakan batang penyapu sama.

Difahamkan, ketika kejadian, mangsa yang mengalami masalah mental dikatakan berkeliaran dalam keadaan berbogel di kawasan rumah kongsi, menyebabkan bapa mangsa yang juga seorang bomoh kampung berang lalu menangkapnya.

Selepas itu, suspek mengheret mangsa masuk ke dalam rumah mereka sebelum bertindak kejam apabila menusuk kedua-dua biji mata anaknya itu dengan batang penyapu dan suspek turut menusuk mulut pemuda itu sehingga mati.

Selepas itu, suspek yang juga bapa kandung mangsa dipercayai memandikan mayat anaknya itu menggunakan lapan biji kelapa, selain meletakkan dua biji pisang di tepi mayat anaknya.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular