Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Sabtu, 23 Jun 2012

Ibu bersama anak hilang....


Mohd Zaidi menunjukkan gambar isteri dan dua anaknya yang hilang sejak Khamis lalu.



SEREMBAN – "Saya tak tahu, sama ada dia melarikan diri atau dilarikan orang," kata Mohd Zaidi Abdul Aziz, 31, berhubung kehilangan isteri dan dua anaknya, sejak Khamis lalu.

Mohd Zaidi berkata, isterinya, Nor Azura Ghazali, 31, disedari tidak pulang ke rumah selepas menghantar dua anak lelakinya itu, Mohd Alif Izuan, 10, dan Mohd Haikal Izuan, 7,
di sebuah sekolah rendah berhampiran rumahnya di Pasir Besar, Gemas.

“Pagi itu, saya minta dia menghantar anak-anak ke sekolah dengan menaiki motosikal kira-kira 7 pagi.

“Biasanya, dia akan pulang ke rumah sebaik saja menghantar anak-anak, tetapi sehingga 30 minit saya tunggu, dia masih tidak pulang,” katanya.

Mohd Zaidi yang bekerja di sebuah kilang getah di Pasir Besar berkata, beberapa jam selepas itu, dia mencari isterinya di pekan Pasir Besar, namun tidak menjumpainya.

“Ada seorang penduduk di situ yang mengenali kami Ahad 24 Jun 2012 memberitahu ada melihat isteri saya bersama dua anak saya itu menaiki sebuah teksi.

“Malah, motosikal yang dinaiki isteri saya turut ditemui berhampiran sebuah kedai makan yang tidak jauh dari rumah. Terdapat sepasang kasut anak saya dalam bakul motosikal
itu,” katanya ketika ditemui di rumah keluarga mertuanya di Taman Widuri Indah, Senawang, di sini, kelmarin.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular