Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Isnin, 25 Jun 2012

Yaacob gesa siswa Melayu teroka kerjaya bidang baru




SINGAPURA - MENTERI Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Dr Yaacob Ibrahim, menggesa para siswazah Melayu/Islam agar menimbangkan kerjaya menjangkau 'bidangbidang tradisional'.

Ini kerana prospek pekerjaan kini kian didapati dalam pelbagai bidang yang rencam, sedang ekonomi Singapura menjadi lebih matang.

"Apa yang kita perlukan ialah siswazah fleksibel yang bukan sahaja mampu menggunakan kepakaran mereka, malah bersedia juga menerokai bidang-bidang baru," ujar Dr Yaacob.

Beliau berkata demikian di majlis jamuan teh tahunan anjuran Kelab Mendaki untuk lulusan politeknik dan universiti di Sheraton Towers dekat Scotts Road, kelmarin.

Dr Yaacob memberi contoh universiti keempat Singapura, Universiti Teknologi dan Reka Bentuk Singapura, yang menawarkan bidang baru gabungan kejuruteraan dan reka bentuk.

Jika para siswazah sedia menerokai bidang-bidang baru seperti itu, mereka akan mampu menggarap lebih banyak peluang yang mungkin ditawarkan dalam bidang tersebut.

Bahkan, tidak mustahil juga jika bidang-bidang baru itu boleh menawarkan gaji yang lebih lumayan berbanding bidang-bidang tradisional, ujar beliau.

Pada masa yang sama, Dr Yaacob akur proses mencari pekerjaan mungkin tidak begitu mudah, lebih-lebih dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu.

Namun, beliau berharap para mahasiswa akan melihatnya sebagai satu cabaran, belajar daripada pengalaman mereka dan terus mempertingkatkan diri.

Sekitar 150 peserta menghadiri acara sehari yang memberi peluang kepada mereka meninjau peluang kerjaya dan memahami ciri-ciri yang diinginkan para majikan daripada calon pekerja.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular