Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Rabu, 20 Jun 2012

Siapa Datuk Bandar KL yang baru?


Tan Sri Ahmad Fuad akan tamat perkhidmatan 15 julai ini.




KUALA LUMPUR - Pelantikan Datuk Bandar baru Kuala Lumpur akan diumumkan pada penghujung bulan ini selepas Tan Sri Ahmad Fuad Ismail tamat kontrak perkhidmatan pada 15 Julai ini.

Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin menyatakan perkara itu pada majlis pecah tanah projek membina jalan keluar masuk ke sebahagian Kampung Sungai Penchala melalui Jalan Datuk Sulaiman, di sini, semalam.

Ahmad Fuad bersara wajib pada 15 Julai tahun lalu sebelum disambung kontrak perkhidmatan selama setahun lagi. Anak jati Kedah yang lahir pada 16 Julai 1953 itu dilantik sebagai Datuk Bandar kesembilan pada 14 Disember 2008.

Beliau mempunyai latar belakang pendidikan Ijazah Sarjana Muda Seni (Sejarah) dari Universiti Malaya, kemudian melanjutkan pelajaran peringkat Sarjana Perhubungan Awam dan Pengajian Strategik Antarabangsa di Universiti Denver, Amerika Syarikat.

Pernah berkhidmat sebagai tutor di Jabatan Sejarah, Universiti Malaya pada 1976, beliau kemudian dilantik sebagai Penolong Setiausaha di Kementerian Kesihatan. Ahmad Fuad selepas itu menjawat tugas bersama perkhidmatan awam sebagai Eksekutif Projek Kanan di Institut Tadbiran Awam Negara (Intan) Kuala Lumpur pada 1982.

Pada 1989, beliau dilantik sebagai Ketua Penolong Pengarah, Unit Sumber Manusia, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan ditugaskan pula sebagai Pegawai Khas kepada Ketua Pengarah.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular