Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Khamis, 28 Jun 2012

Pasangan VIP dan artis nikah di Betong?



BETONG - “Pejabat Kadi Syarie di sini terpaksa beroperasi tujuh hari seminggu kerana pasangan dari Malaysia datang untuk bernikah setiap hari,” kata Ahli Jawatankuasa Majlis Agama Islam Wilayah Yala Thailand (MAIWY), Mohamad Osman, 42.

Menurutnya, sekurang-kurangnya dua pasangan dinikahkan di pejabat itu setiap hari dengan bayaran RM450 lengkap dengan surat dan sijil nikah disahkan Yang Dipertua MAIWY, Sama-ae Hari.

“Kebanjiran pasangan dari Malaysia termasuk golongan VIP dan artis, menyebabkan 30 kadi bertauliah bergilir-gilir bertugas setiap hari untuk memenuhi permintaan.

“Proses dilakukan mengikut hukum syarak dan setiap pasangan akan melalui temu duga serta saringan bagi menentukan kesahihan maklumat,” katanya.

Menurutnya, pasangan yang bernikah di sini akan menerima dua dokumen iaitu surat pengesahan nikah ditandatangani Yang Dipertua MAIWY dan sijil keterangan nikah dalam tempoh 10 hari.

Beliau berkata, Pejabat Kadi Syarie Betong menetapkan beberapa syarat, bergantung kepada kes pasangan itu sebelum akad nikah dilakukan.

“Sebagaimana ditetapkan dalam Islam, pasangan yang ingin bernikah di sini perlu memenuhi syarat jarak lebih dua marhalah atau lebih 96 kilometer dari bapa (wali),” katanya.

Mohamad berkata, syarat ditetapkan itu dipersetujui MAIWY selepas melakukan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia membabitkan isu kahwin lari. Dia yang berpengalaman lebih empat tahun menguruskan pasangan bernikah di daerah itu mendakwa turut menjalin kerjasama dengan Mahkamah Syariah dan Majlis Agama Islam negeri di Malaysia.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular