Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Isnin, 25 Jun 2012

Kanak-Kanak YASKA cuba kemahiran buat piza


Kanak-Kanak dari YASKA bukan sahaja berpeluang untuk membuat piza mereka sendiri tetapi juga mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti termasuk mewarna lukisan.




BANDAR SERI BEGAWAN - Kanak-kanak dari Yayasan Kanser Kanak-Kanak (YASKA) berpeluang untuk bukan sahaja menikmati pelbagai hidangan istimewa tetapi juga mencuba kemahiran membuat piza mereka sendiri dalam Parti Piza yang diadakan di Restoran Fratini's di ibu negara, hari ini.

Acara yang dianjurkan oleh Kelab Rekreasi Bank Standard Chartered (SCBRC) dengan Jawatankuasa Diversiti dan Penyertaan bank berkenaan memberikan peluang kepada kanak-kanak dari YASKA bersama ibu bapa mereka mengambil bahagian dalam kegiatan keluarga yang menyeronokkan.

Acara itu menyaksikan penyertaan dari kira-kira 20 sukarelawan terdiri daripada kakitangan bank di mana acara itu merupakan sebahagian dari Program Kesukarelawan Kakitangan SCB yang memberikan peluang kepada setiap kakitangan bank peluang untuk mengambil bahagian dalam kegiatan kesukarelawan selama 3 hari bagi inisiatif kesukarelawan.

Menurut Naib Pengerusi SCBRC, Benjamin Sim, acara itu merupakan satu acara yang penuh bermakna di mana kanak-kanak YASKA diberikan peluang untuk berseronok dan bersama-sama mencuba membuat piza mereka sendiri.

Beliau menambah bahawa acara itu juga merupakan salah satu inisiatif untuk menyumbangkan bakti kepada masyarakat melalui kegiatan sukarela dan berkebajikan.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular