Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Ahad, 3 Jun 2012

Noor Hasafadila rayu bapa pulang jadi wali


Noor Hasafadila menunjukkan surat beranak dan borang perkahwinan yang sudah diisi.






ALOR SETAR - Seorang pembantu jurujual yang bakal melangsungkan perkahwinan pada 28 Jun ini merayu supaya bapa kandungnya, Abdul Hamid Che Ani segera pulang untuk menjadi wali.

Noor Hasafadila, 17, berkata, bapanya yang bekerja di ladang kelapa sawit berpisah dengan ibunya, Norma Hassan ketika dia berusia lima tahun.

Menurutnya, setelah ibu bapanya berpisah, dia masih tinggal bersama bapanya di Sungai Karangan, Kulim sehingga berusia lapan tahun dan kemudian tinggal bersama ibunya.

“Sewaktu kami berpisah, saya masih kecil, jadi banyak perkara yang saya tidak ingat termasuk paras rupa bapa.

“Usaha mencari bapa sudah dilakukan namun gagal ditemui walaupun kami mencari di tempat tinggalnya sebelum ini,” katanya.

Noor Hasafadila berkata, pencarian­ bapanya lebih sukar, kerana dia tidak mengenali dan tidak mempunyai nombor telefon rakan bapanya untuk dihubungi bagi membantu mencari Abdul Hamid.

Katanya, selain mencari di rumah lama, dia turut cuba mengesan Abdul Hamid menerusi maklumat yang terdapat di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

“Berdasarkan maklumat di JPN, bapa saya masih menggunakan alamat yang sama seperti di dalam surat beranak saya iaitu di Kampung Sena, Tok Paduka, Perlis.

“Pada surat beranak saya, nombor kad pengenalan yang digunakan bapa saya adalah nombor kad pengenalan lama iaitu A1649646,” katanya.

Noor Hasafadila yang bertunang dengan Mohd Sofi Md Zain berkata, selain mencari bapanya untuk dijadikan wali, dia juga merindui kasih sayang Abdul Hamid.

Dia berharap jika ada yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai Abd Hamid supaya menghubunginya di talian 0175181834.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular