Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Ahad, 3 Jun 2012

Malaysia perlukan 100,000 amah


PEMBANTU rumah yang baru tiba dari Indonesia ditempatkan di Rumah Perlindungan dan Pusat Latihan 1 Jalan Awan Pintal di Kuala Lumpur kelmarin sebelum diserahkan kepada majikan masing-masing.(Foto hiasan)



SEGAMAT - Kira-kira 100,000 pembantu rumah dari Indonesia diperlukan bagi menampung permintaan majikan di negara ini selepas pembekuan khidmat mereka ditarik balik baru-baru ini.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri S. Subramaniam berkata, pihaknya menerima antara 70,000 hingga 80,000 permohonan bagi mendapatkan pembantu rumah dari negara jiran itu dan jumlah tersebut terus meningkat.

"Pada masa ini, kita mempunyai lebih 200,000 pembantu rumah dari luar negara dan daripada jumlah itu, seramai 150,000 orang merupakan amah Indonesia, 30,000 Kemboja manakala selebihnya negara-negara lain.

"Indonesia sedang melatih pembantu rumah mereka tetapi kebanyakan mereka memilih untuk ke Korea, Hong Kong, Taiwan dan Singapura kerana gajinya lebih tinggi," katanya pada sidang akhbar di Pusat Khidmat Ahli Parlimen Segamat di Taman Segamat Jaya di sini semalam.


PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular