Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Jumaat, 15 Jun 2012

Tidak boleh tangguh haji kerana pilihan raya




SHAH ALAM – Ibadat haji yang merupakan Rukun Islam kelima wajib dilaksanakan bagi mereka yang mencukupi syarat dan ia tidak boleh ditangguhkan hanya kerana pilihan raya.

Pilihan raya bukanlah syarat ibadat haji perlu ditangguhkan kerana syarat menetapkan dalam menunaikan ibadat haji boleh ditangguhkan dan dikecualikan antaranya disebabkan sakit dan  keadaan tidak aman.

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, haji wajib bagi umat Islam yang berkemampuan seperti ada bekalan sepanjang berada di sana, tahap keselamatan yang baik dan tidak berada dalam keadaan nyawa terancam.

Menurutnya, bakal jemaah haji juga perlu mampu menyediakan bekalan dan nafkah yang mencukupi kepada ahli keluarganya yang ditinggalkan.

“Umat Islam yang mencukupi syarat wajib haji perlu menunaikan ibadah haji kerana sekiranya ditangguhkan, ditakdirkan bakal haji meninggal dunia pada waktu tersebut, kematian itu dalam  keadaan seorang Yahudi atau Nasara,” katanya semalam.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai kenyataan Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang mahu ahlinya (Pas) menangguhkan niat mereka menunaikan haji pada tahun ini bagi memfokuskan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Harussani berkata, perkara itu disebutkan dalam salah satu hadis Nabi Muhammad SAW.

“Ia disebutkan dalam hadis dan menunjukkan kematian dalam keadaan sedemikian cukup berat. Jika kita meninggal dunia dalam keadaan mati seorang Yahudi atau Nasara, maka kematian tersebut dalam keadaan dosa besar,” katanya.

Dalam perkembangan yang sama, Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam satu kenyataannya berkata, haji bukan ibadah yang perlu disegerakan dan meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya memberikan jaminan tidak akan mengadakan pilihan raya pada musim haji kerana ibadat itu sangat penting bagi umat Islam.

Harussani berkata, kita tidak boleh menyatakan hukum pergi haji tidak perlu terburu- buru dan boleh ditangguhkan kerana sesiapa yang cukup syarat, maka wajib mereka menunaikan ibadat haji.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular