Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Selasa, 18 Mei 2010

Pengawal Istana Kelantan yang parah ditembak, meninggal dunia

( Foto hiasan )



KOTA BHARU: Pengawal Istana Kelantan, Ramli Mohamad, 50, yang parah akibat ditembak penyerang tidak dikenali pada 1 Mei lalu, meninggal dunia di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), kira-kira jam 3 pagi tadi.

Pengelola Istana Diraja Kelantan Datuk Abdul Halim Hamad berada di Hospital awal pagi ini bersama beberapa pegawai Istana untuk menziarahi jenazah Allahyarham. Semalam Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra menghulur sumbangan RM100,000 kepada Ramli sebagai bantuan untuk mengurangkan beban keluarga pengawal istana itu.

Ramli meninggalkan seorang isteri dan lima orang anak.
Dalam kejadian 1 Mei lepas, Ramli yang sedang menunggang motosikal untuk pulang ke rumah, ditembak oleh seorang suspek yang tidak dikenali di Kampung Kok Keli, Tumpat.

Beliau mengalami kecederaan parah akibat terkena empat das tembakan dari jarak dekat.

Berikutan kejadian itu Pemangku Raja, Tengku Muhammad Faris Petra menitahkan supaya kawalan keselamatan ke atas Sultan Kelantan Tuanku Ismail Petra ditingkatkan.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular