Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Isnin, 4 Jun 2012

Memo usul haramkan Nizar ke bumi Johor


Khalid (tengah) bersama kira-kira 500 penduduk yang menyertai perarakan aman, semalam.





JOHOR BAHRU – Kira-kira 500 penduduk menyertai perarakan aman sejauh dua kilometer bermula dari Jalan Ngee Heng, di sini menuju ke Balai Polis Sentral bagi membantah kenyataan bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, semalam.

Perarakan itu yang diketuai Gabungan Bertindak Rakyat Johor bagi mewakili 26 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sekitar negeri ini mula berkumpul di hadapan Menara Landmark dari jam 1.45 petang dan berarak melalui Jalan Wong Ah Fok dan Jalan Siu Nam sebelum tiba ke Balai Polis Sentral pada jam 3 petang.

Perarakan berkenaan diadakan dalam keadaan terkawal sambil melaungkan perkataan ‘Daulat Tuanku’ dan mengibarkan bendera Negeri Johor selain ada yang membawa sepanduk mengutuk kenyataan ADUN berkenaan.

Memorandum bantahan diserahkan Ketua Pemuda Umno Johor Bahru, Khalid Mohamad kepada Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Superintendan Abdul Samad Salleh di hadapan Balai Polis Sentral.

Sebaik sahaja memorandum diserahkan, peserta perarakan turut menyanyikan lagu negeri Johor sebelum bersurai sebagai tanda menghormati institusi diraja dan taat setia kepada pemerintah.

Turut menyertai perarakan itu termasuklah Ketua Pemuda MIC Johor Bahru, B Pannir Selvam; Ketua Pemuda MCA Johor Bahru, Kua Son Tock dan Pengerusi Persatuan Kontraktor Kecil India Negeri Johor, Suppayah Sollaimuthu.

Sementara itu, Khalid berkata, penyerahan memorandum itu bertujuan menggesa pengadilan secepat mungkin diambil ke atas Mohammad Nizar kerana kenyataannya dianggap boleh mencetuskan benci terhadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular