Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Isnin, 4 Jun 2012

Pelajar dituduh perkosa gadis Switzerland





KOTA BHARU - Seorang pelajar sebuah pusat latihan perindustrian dihadapkan di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas tuduhan merogol pelancong Switzerland, bulan lalu.

Muhamad Irfan Daud, 19, dikenakan tuduhan mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan.

Dia dituduh merogol setiausaha berusia 25 tahun di sebuah rumah di Taman Intan, Lorong LPP Lundang di sini, jam 5 petang pada 10 Mei lalu.

Tertuduh bagaimanapun mengaku tidak bersalah.

Kes akan didengar 2 Ogos ini.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Intan Nurhilwani Mat Riffin membantah jaminan, Peguam bela, Rosmizan Sulaiman bagaimanapun merayu supaya anak guamnya itu diberikan jaminan berikutan tertuduh masih menuntut di IPT.

”Tertuduh juga menghidapi penyakit usus yang memerlukan rawatan rapi,” katanya.

Selepas mempertimbangkan hujahan kedua-dua pihak, Hakim Irwan Suainbon kemudian membenarkan Muhamad Irfan diikat jamin sejumlah RM10,000 dengan seorang penjamin.

Pada 22 Mei lalu, tertuduh atau ‘boy’ menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu selepas genap seminggu gambarnya tersebar di akhbar.

Sebelum itu, media melaporkan seorang setiausaha warga Switzerland mendakwa dia dirogol, manakala, rakannya dicabul empat lelaki ketika singgah di Pejabat Konsul Thailand, di bandar ini bagi
urusan visa untuk ke Bangkok, selepas balik dari Pulau Perhentian, Terengganu.

Susulan laporan polis yang diterima, seorang remaja berusia 18 tahun ditahan di rumahnya di Taman Intan, Lundang dan mengaku mencabul salah seorang mangsa ketika dituduh 23 Mei di Mahkamah Majistret di sini.

Sementara, dua lagi suspek adik-beradik, Hary dan abangnya masih diburu.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular