Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Sabtu, 2 Jun 2012

Pakaian artis cemar adat Melayu??


EZLYNN... pakai gaun paras lutut.





KUALA LUMPUR - “Saya akui baju dipakai ketika satu majlis resepsi perkahwinan saya seksi kerana bertemakan cara orang Inggeris. Namun, bagi saya ia tidak melampaui batas. Lagipun, ketika itu saya hanya mengikut tema majlis,” kata artis terkenal, Memey.

Memey atau nama sebenarnya Suhaiza Suhaimi, 26, mencipta kontroversi apabila mengenakan skirt pendek sebagai busana pengantin dalam majlis resepsi perkahwinannya dengan pelakon, Norman Hakim, September lalu.

Selain Memey, penyanyi Hai Hai Bye Bye, Ezlynn turut mengenakan skirt pendek dalam majlis resepsi perkahwinannya dengan Adam, awal tahun ini.

Memey dan Ezlynn hanya contoh, malah konsep perkahwinan moden itu seakan-akan menjadi ‘trend’ apabila pelbagai budaya Barat dibawa masuk dan digunakan dalam majlis persandingan orang Melayu, sekali gus mengetepikan adat resam yang dipegang sejak ratusan tahun dulu.

Meskipun Islam tidak menghalang apa jua konsep dalam perkahwinan, segelintir pengantin terlalu taksub untuk mencari kelainan dalam majlis persandingan mereka hingga bertindak melampaui kebiasaan masyarakat Melayu yang majoritinya beragama Islam.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular